Dalam episod minggu ini, saya berada di dataran Merdeka Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah acara yang dianjurkan oleh Locco Malaysia dan Kementerian Pelancongan
Antara aktivi yang dianjurkan ialah penyediaan 14 jenis juadah yang tidak asing lagi ketika Tahun Baru Cina iaitu Yee Sang
Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.
Melambung Yee Sang ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripada sos plum.
Gong Xi Fa Chai, dan Selamat Tahun Baru Cina!
恭喜發財